Memaparkan catatan dengan label ulasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan. Papar semua catatan

[Tempat] Book Barter Cafe, Tamarind Square, Cyberjaya




Book Barter Cafe mempunyai konsep yang unik. Ia masih menyediakan perkhidmatan kafe seperti menghidangkan aneka jenis kopi, kek, dan biskut premium, namun yang menjadikan ia berbeza dari kafe biasa adalah sebuah almari kaca kecil yang mengandungi pelbagai buku yang boleh dibaca disitu.

[Filem] Joker (2019)


Sebelum kakak saya pulang ke Miri, dia menemani saya menonton "Joker". Sememangnya saya menantikan cerita ini, kerana ia dilakonkan oleh Joaquin Pheonix, pelakon yang dikenali sangat menjaga kualiti lakonannya. Ini bukan kisah permulaan watak komik biasa, Joaquin ada kemampuan menjadikannya sebuah hasil seni.

IMDB

[Buku] Di Situ Langit Dijunjung oleh Hanna AlKaf (Terjemahan Fahmi Mustaffa)


Ini merupakan antara buku pertama yang saya beli sewaktu lawatan aktiviti "The Silent Book Club: Kuala Lumpur Chapter" di kedai buku Gerak Budaya. Ia dipromosi di kaunter bayaran.


Buku ini agak berat untuk dibaca (bukan dari segi ketebalannya) namun topik dan konsep penceritaan. Dikhususkan untuk pembaca matang, namun, walaupun saya dari segi umur dianggap pembaca matang, jujur kata ia memberi kesan pada diri sewaktu membacanya. Itu akan saya ulas lebih lanjut di bawah.

Pengalaman Pertama Kali di 4Fingers


Hari ini saya teringin mencuba 4Fingers kerana rakan serumah saya mengatakan makanan mereka lazat, malah lebih lazat daripada KFC. Cawangan yang saya pergi ini adalah yang berada di Dpulze, Cyberjaya.




[Filem] Shamitabh


kredit kepada flicks.co.nz

 Shamitabh adalah sebuah filem Hindustan yang dibawa oleh dua pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan, dan perfileman Tamil, Danush. Saya berpeluang menonton filem ini di TV2 baru-baru ini. 

[Amaran: Spoiler  dibawah]

Ia mengisahkan Daanish, seorang lelaki bisu yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Masalahnya satu; dia tiada suara. Muncullah Amitabh, yang memiliki nada suara memukau. Menggunakan teknologi, mereka digabungkan lalu terhasillah seorang pelakon terkenal, Shamitabh.

Rasanya tidak perlu beritahu bahawa Danush membawa watak Daanish dan Amitabh Bachchan membawa watak Amitabh. Haha. Konflik bermula apabila Amitabh mula rasa disisihkan dan diperbodohkan. Hal ini menjadi lebih kelihatan apabila mereka tidak sekepala mengenai satu filem yang harus dilakonkan oleh Daanish, di mana Amitabh menunjukkan protes dengan tidak membaca dialog serta mengatakan perkara yang tidak betul. 

Ia mencapai kemuncak apabila mereka berlaga dalam perindustrian filem, di mana Daanish melakonkan watak bisu dalam filemnya, manakala Amitabh menyumbangkan suara untuk seorang pelakon lain dalam filem yang lain, ditayangkan pada hari yang sama. Apabila kedua-dua filem gagal, Akshara menyedarkan mereka bahawa mereka hanya berjaya apabila bergabung. 

Cerita ini berakhir dengan kemalangan sewaktu mereka ingin menghadiri tayangan perdana filem yang dihasilkan Akshara, di mana mereka juga bertujuan untuk membuka rahsia bahawa Amitabh adalah suara sebenar Daanish. Adegan Amitabh menyedari Daanish telah meninggal akibat kemalangan tersebut, tambahan lagi telah dikuburkan dalam tanah kubur yang pada asalnya disediakan untuk Amitabh, amat menyayat hati.

Saya sangat suka lakonan Akshara dalam ini yang agak bersahaja. Amitabh Bachchan dan Danush tidak perlu dipersoalkan lagi. Cerita yang menarik, juga bersifat sinis terhadap perindustrian perfileman mereka, dan mungkin serata dunia.

kredit kepada Amy Wong

[Manga] Beastar: Sifat Manusia, Ciri Haiwan




Sebenarnya, sebelum kemunculan filem "Zootopia", terdapat satu komik Jepun bertajuk Beastar, yang juga mengetengahkan kehidupan manusia yang digambarkan dengan wajah haiwan. Cerita-cerita ini adalah cara halus untuk menampilkan isu rasisme, prejudis dan konflik dalam mencari keharmonian dalam perbezaan baka dan naluri.

[FIlem] Sangkar


kredit kepada koolfm
Baru-baru ini dompet digital Touch n Go ( TnG e-Wallet) mengadakan promosi sepanjang September 2019 hingga September 2020 , iaitu tiket RM10 untuk wayang. Kebetulan pula TGV D'Pulze antara yang terlibat.



Saya menggunakan peluang ini untuk menonton filem Sangkar arahan Kabir Bhatia, pengarah yang juga bertanggungjawab mengarah cerita seram bersiri yang saya gemari Kekasihku Seru.

[Amaran, spoiler dibawah]

Jujur kata, ia antara filem tempatan yang berbaloi untuk ke wayang untuk ditonton. Sangkar merupakan cerita berlatarbelakangkan pertandingan MMA (simboliknya "sangkar" sebagai gelanggang MMA). Kisah ini tertumpu kepada dua watak, Adam dan Johan, dua peserta dengan gaya hidup dan prinsip berbeza, namun ditemukan di gelanggang. 

Adam yang mengamalkan hidup bebas akibat trauma kehidupan masa kecilnya yang sering diperlekehkan dan diejek sebagai anak haram, juga ibu tersayang yang pergi akibat sakit yang melarat. Johan yang menjadi abang sulung dan tonggak kepada dua adiknya, Lea, seorang jururawat, dan Reza, seorang budak lelaki kecil yang terbuka mindanya serta kuat semangat walaupun menghidap  jantung berlubang.
Satu pergaduhan berlaku di kawasan tempat tingggal Johan, di mana kedua-dua Adam dan Johan terlibat secara tidak langsung, dan Adam mengakibatkan kelumpuhan Johan. Dalam menebus kesilapannya, hati Adam mula berlembut dan mula menghadapi konflik emosi yang cuba dilarikan dirinya sebelum ini.

Selain daripada dua watak utama itu, watak-watak sampingan juga memberi kesan yang mendalam. Hal ini adalah kerana garapan cinematography yang hebat. Fokus diutamakan kepada ekspresi muka, babak-babak halus namun realistik seperti Johan 'melepas' di dalam keretapi lalu berasa malu dan kecewa pada diri, serta Adam yang mencuci kekotorannya dan memberi semangat. Perhubungan persahabatan yang kukuh antara Bob dan Johan kelihatan di sini, serta Hafiz dan Lee yang membantu Adam mencuri (tetapi mereka pulangkan semula ya!) katil hospital dan kerusi roda di hospital warga tua.

Tambahan itu, filem ini agak menarik di mana setiap watak yang terlibat dalam MMA yang ditonton awal waktu, mempunyai kehidupan dan kerjaya yang berbeza di luar gelanggang. Sebagai contoh, bookie yang bernama Adi juga bertugas di sebuah restoran. Tidak dikenalpasti sama ada dia pemilik atau sekadar tukang masak (namun dengan gaya dia boleh menyuruh orang menukar pembekal, rasanya dia pemilik juga), mengugut dan menyoal Adam di dapurnya.

Dialog-dialog yang dilontarkan juga adalah secara santai dan bersesuaian dengan watak-watak mereka. Sarkastiknya Adam, tegasnya Johan, ugutnya Adi, jarang kedengaran nada yang melampau-lampau atau terjerit-jerit, mahupun suara mendatar. Mempunyai teladan, namun tidak bersifat mensyarah.

Penceritaannya juga cukup rapat dengan kehidupan seharian, dan tidak terlalu "mendalam" hinggakan penonton marhaen seperti saya keliru (seperti yang sering dilakukan oleh filem-filem "seni").

Pendek kata, filem "Sangkar" ini boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan karya-karya antarabangsa. Hanya tinggal masyarakat kita meninggalkan stigma filem tempatan teruk.

[Buku] Otherworld : Pro dan Kontra Dunia Reality Maya




Otherworld merupakan karya bersama oleh Jason Segel (yang terkenal sebagai salah satu pelakon sitcom  bersiri "How I Met Your Mother") dan Christine Miller. Ia mengisahkand unia realiti maya "Otherworld" dan perjalanan seorang remaja, Simon,mencari rakan baiknya dalam dunia tersebut.

Antara isi yang menarik dalam buku ini adalah perbincangan antara kebaikan realiti maya dari segi perubatan, di amna seseornag yang lumpuh boleh menjadi luar biasa, serta keuburukannya dari segi moral dan etika.

Adakah memalsukan "locked-in syndrome" demi mendapatkan manusia sebagai bahan ujikai sesuatu yang beretika? Bagaimana pula nyawa makhluk-makhluk hasil kepintaran palsu ini bernilai, untuk dibunuh atau dikasihani?

Dianggap sebagai sekumpulan kod berbeza atau makhluk berjiwa?

Buku ini tidak berakhir dengan penghujung yang menyimpulkan segala permasalahan. Kalau berminat, maka harus diteruskan dengan Other Earth dan Other Life.

 Buku ini boleh didapati di Amazon:

Otherworld (Last Reality Book 1)

*Harus dimaklumkan bahawa pautan akan membawa anda kepada laman Amazon yang menjual produk tersebut, sebagai sebahagian dari Amazon Affiliate.

[Buku] Un Lun Dun : Apabila Watak Pembantu Menjadi Hero




Sejujurnya, buku ini lain daripada yang lain. Ia mengisahkan rakan baik kepada heroin yang menggalas tanggungjawab untuk menyelamatkan dunia Unlondon.

Tarikan buku ini selain daripada perkara di atas, adalah bagaimana sampah mempunyai nyawa di dunia Unlondon, watak-sampingan-bertukar-penyelamat menentang penaakulan dan ramalan. Pengakhiran cerita ini juga agak memuaskan.

Pendek cerita, kisah buku ini mengajar bahawa usaha boleh mengubah takdir. Kita boleh menjadi watak utama dalam hidup sekirnaya mengambil inisiatif berbanding menunggu atau mengikut arahan orang lain, justeru mengambil balik kuasa ke atas kehidupan kita.

Buku ini boleh didapati di Amazon di:
Un Lun Dun

*Harus dimaklumkan bahawa pautan akan membawa anda kepada laman Amazon yang menjual produk tersebut, sebagai sebahagian dari Amazon Affiliate.