Memaparkan catatan dengan label ketogenik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketogenik. Papar semua catatan

Puding Coklat Keto (Keto Chocolate Pudding)





Saya masih lagi dalam percubaan untuk mengelakkan gula halus, manisan dan karbohidrat tinggi dalam pemakanan sepanjang Ramadhan ini. Namun, perkara paling saya rindui adalah makanan manisan. Semalam, saya cuba untuk menghasilkan satu manisan yang 'keto-friendly'. Terhasillah satu puding coklat.

Bahan-bahan:
1. Tepung kelapa, 1/4 cawan
2. Serbuk koko tidak dimaniskan (unsweetened cocoa powder, saya gunakan jenama Hershey), 1 sudu makan
3. Serbuk kopi tanpa gula (saya guna jenama Nescafe), 1 sudu makan
4. pemanis Lakanto, 1/4 cawan
5. Air masak, 2 cawan

Caranya mudah sekali. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan tidak ada gumpalan, kemudian tuang ke dalam bekas, dan sejukkan selama beberapa jam dalam peti sejuk. Ia boleh menghasilkan 4 hidangan, di mana setiap hidangan adalah 50g (lihat bekas diatas, bahagi kepada 4 bahagian)

Maklumat nutrisi setiap hidangan / nutrition info per serving:

Kalori / Calories : 39.7 kcal
Total Carbs:16.9g
Net Carb:
7.9g
Serat / Fibre: 3g
Gula / Sugar
:0.5g
Kanji / Starch: 1g
Glycemic Load Index: 0.3

Kalau keseluruhan  hidangan (total 200g):

Kalori / Calories : 79.4 kcal
Total Carbs:33.8g
Net Carbs: 15.8g
Serat / Fibre: 6g
Gula / Sugar
:1g
Kanji / Starch: 2g
Glycemic Load Index: 0.6

Kadang-kala mahu kita makan tanpa henti sebab ia manisan. Sekirnaya ia berlaku, ia bukan lagi ketogenic, namun masih dala kategori karbohidrat rendah (low-carb).

Selamat menjamu selera!


Keto Salad Tonggek Ayam




Pemakanan ketogenik adalah berasaskan karbohidrat rendah, tinggi lemak sihat. Selain karbohidrat, perlu juga dielakkan mengambil gula. Jumlah karbohidrat dihadkan kepada 20g. Ia mempunyai kesan yang baik terhadap metabolisma badan, kadar gula, dan berat badan. Ditambaha pula dengan intermittent fasting (puasa berkala), iaitu puasa tanpa makan tetapi meminum air tidak berkalori, seperti kopi kosong, teh kosong, atau air mineral dan air kosong.