"Digital Detox", Hidup Tanpa Bergantung Kepada Media Sosial, atau "Social Media Suicide"?


WhatsApp, Facebook, Instagram, Telegram, Twitter...

Media sosial telah menjadi satu keperluan dalam hidup. Tetapi adakah ia memang satu keperluan, atau kita yang terlalu taksub dan ketagih dengannya hingga merasakan begitu?

Gambar oleh Sara KurfeƟ di Unsplash


Kemurungan dan Kesihatan

Mungkin kerana aku seseorang yang mempunyai MDD (Major Depressive Disorder), peralatan-peralatan digital ini menjadi satu bebanan kepadaku. Apabila ia berbunyi, lama-kelamaan aku semakin menunda untuk melihatnya. Ia sangat...aku tidak pasti apa perkataannya dalam bahasa Malaysia, namun dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil pervasive dan intrusive. Apabila notifikasi berbunyi, aku resah, apabila ia tidak berbunyi, aku masih resah seolah-olah mengandaikan ia akan berbunyi dalam beberapa saat lagi.

Hidup aku tidak tenang. Bersama ini, aku juga menjadi mudah sakit, dan kecenderungan untuk aku shutdown menjadi semakin kerap.

Terputus

Walaupun rakan serumahku ada di rumah, namun pintu tertutup, dan dia berkomunikasi denganku hanya melalui WhatsApp. Apabila aku tidak menjawab, baru dia keluar dari bilik ke ruang tamu untuk menyatakan permintaannya.

Apabila keluar dengan keluarga atau rakan-rakan, kami hanya kelihatan gembira ketika mengambil gambar untuk media sosial. Kemudian mereka akan kembali memandang ke bawah, ke skrin telefon, baik sewaktu duduk menunggu makanan, sambil makan. Mereka melihat telefon mereka sambil mengekori aku sewaktu berjalan bersama. Bila diajak berbual, cuma "Ya", "Suka hati","Tak", atau "Okay".

Apa guna cuba untuk berhubung, sedangkan tidak ada sebarang interaksi bermakna? Ini menjadi aku lebih sunyi daripada sewaktu aku bersendirian.

I don't mind being alone; but I do mind feeling lonely. And strangely nowadays, I am the loneliest when surrounded by people. The more I am easily accessed, the more I got disconnected.
Gambar oleh camilo jimenez di Unsplash

Keputusan

Akhirnya, aku mengambil kata putus untuk menutup semua, cold turkey.  Bukan sekadar nyahaktif, kerana kecenderungan untuk jatuh semula (withdrawal ) adalah tinggi.

Andai ia sesuatu yang penting, nombor aku masih boleh dipanggil atau di-SMS. Emel aku masih wujud, untuk sebarang komunikasi yang tidak mempunyai terhad waktu. Untuk kerja, aku mempunyai Mattermost dan emel

Membeli barang, aku menggunakan laman web atau aplikasi binaan kedai itu sendiri. Aku jarang membuat tempahan menggunakan WhatsApp. Sebarang urusan penting juga, yang memerlukan jawapan penting, aku berhubung melalui panggilan. Untuk yang berada di luar negara, aku berhubung melalui emel atau Zoom, Webex. Untuk berita terkini, aku menggunakan Feedly, aplikasi RSS Feed subscription .

Dan siapa yang perlu mengetahui kehidupan seharianku? Andai aku terasa ingin sangat berkongsi, aku boleh menggunakan blog ini, atau menggunakan digital diary seperti Penzu, Journal.

Aku akui, benda-benda ini sekadar peralatan, baik buruknya hanya bergantung kepada pengguna. Namun begitu, sepertimana ubat boleh menjadi dadah, andai aku sedar kemampuanku lemah untuk mengawal kesannya pada diriku, aku elakkan.

Allah...lagipun sebelum ini, boleh sahaja aku hidup tanpa WhatsApp. Mati ke kalau orang lain berhubung menggunakan cara lain?Kalau berkaitan hidup mati, lebih baik menghubungi 999.

Jangkamasa Panjang

Aku anggarkan barangkali aku akan didesak untuk membuat semula akaun WhatsApp di masa akan datang atas nama kemudahan. Tengoklah berapa lama bertahan. Tetapi aku harap lebih dari sebulan, dan kalau boleh, sampai bila-bila.

Mungkin aku boleh melakukan kajian dan merancang masa depan supaya dapat mengekalkan momentum ini, gaya hidup yang kurang bergantung kepada constantly accessible  atau sekurang-kurangnya digitally disconnected.

Hm...patutkah aku menjadi seorang petani, atau explorer, yang boleh off the grid buat beberapa tempoh waktu? Atau ada sebarang kerja dalam bidang cybersecurity yang memiliki ciri ini?

Gambar oleh Simon Migaj di Unsplash


Rujukan:
  1. Can You Have A Life Without WhatsApp? Meet The People Who Never Use It (https://www.huffingtonpost.co.uk/entry/can-you-have-a-social-life-without-whatsapp-meet-the-people-who-never-use-it_uk_5cda80c2e4b0615b08187b14)

0 comments:

Catat Komen

Sebelum komen, fikir: Adakah ia benar, baik, dan membantu? (Is it true, kind and helpful?)