Beza 1.0mm dengan 1.5mm




Hari ini saya  cuba untuk membuat jeruk lobak putih ala Korea, setelah satu kali merasa jeruk lobak putih yang sedap daripada Mr. Dakgalbi. Saya mengikuti resipi video di bawah:





Untuk resipi ini, saya cuba menggunakan penghiris ini:




Penghiris ini terdapat dua ukuran, 1.0 mm dan 1.5 mm Tetapi adakah ukuran itu untuk bidang bilahnya atau ukuran ketebalan yang dihiris? Maka saya cuba menghiris lobak putih menggunakan kedua-dua bilah:

Menggunakan bilah 1.5 mm

Menggunakan bilah 1.0 mm


Sahih, ukuran itu adalah untuk ukuran bilah, bukan ketebalan hirisan. Untuk resipi ini, rasanya lebih sesuai untuk menggunkan hirisna hasil 1.0 mm, namun tidak mahu merugikan, saya menjeruk kedua-duanya. Masih boleh dimakan.

Agak risau kerana resipi ini menggunakan 6 sudu gula ( di mana saya oleh dengan menggunakan 5 sudu sahaja, dan menggunakan gula Lakanto, bukan gula putih biasa).Apa pun, ia resipi yang mudah dan boleh dibuat dengan anak-anak (melainkan bahagian menghiris, itu lebih baik dewasa yang lakukan).

0 comments:

Catat Komen

Sebelum komen, fikir: Adakah ia benar, baik, dan membantu? (Is it true, kind and helpful?)