#JomTeksi dengan TouchnGo eWallet


Saya berpeluang mencuba perkhidmatan membayar teksi menggunakan Touch n Go eWallet pada November 2019. Kempen ini dipanggil #JomTeksi. Jujur kata, saya agak teruja dengan kemudahan ini. Ia menginatkan saya bagaimana menaiki teksi di Kyungnam hanya perlu menggunakan kad debit atau kredit, tanpa menggunakan duit kertas.


Saya mencuba kemudahan ini dengan menaiki teksi kak Azina, salah satu teksi yang memaparkan iklan #JomTeksi. Caranya agak mudah. Ia masih menggunakan meter, namun kita boleh membayar menggunakan eWallet TouchnGo. Malahan, kerana ia pertama kali saya menggunakannya, saya mendapat rebat RM3, menjadikan perjalanan saya yang berjumlah RM6 menjadi RM3 sahaja.



Kak Azina mengatakan buat masa ini, mereka berada di Cyberjaya (Dpulze, Shaftsbury Square, Lim Kok Wing) dan Putrajaya (Putrajaya Sentral). Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menggunakan kemudahan ini. Bagi saya, ia lebih selamat daripada membawa wang kertas yang banyak.



0 comments:

Catat Komen

Sebelum komen, fikir: Adakah ia benar, baik, dan membantu? (Is it true, kind and helpful?)