Keto Salad Tonggek Ayam




Pemakanan ketogenik adalah berasaskan karbohidrat rendah, tinggi lemak sihat. Selain karbohidrat, perlu juga dielakkan mengambil gula. Jumlah karbohidrat dihadkan kepada 20g. Ia mempunyai kesan yang baik terhadap metabolisma badan, kadar gula, dan berat badan. Ditambaha pula dengan intermittent fasting (puasa berkala), iaitu puasa tanpa makan tetapi meminum air tidak berkalori, seperti kopi kosong, teh kosong, atau air mineral dan air kosong.

Seperti gambar di atas, chicken bishop nose atau tonggek ayam merupakan bahagian ayam yang sering dibuang atau diabaikan, sedangkan ia mengandungi nutrisi yang banyak. Ia mengandungi zat besi, kalsium dan protein yang tinggi, lebih tinggi berbanding bahagian dada ayam (chicken breast).

Di bawah ini saya menyediakan resipinya. 

Penyediaan untuk: 2 orang

Bahan:
  1.  Tonggek ayam, 125g
  2. Lada benggala / bell pepper, apa-apa jenis, 40g (separuh dari saiz sederhana)
  3. Buah zaitun hitam dihiris (saya guna jenama Figaro), 150g
  4. Keju dipotong dadu dan diperap dengan minyak zaitun dan herba (saya guna jenama Emborg), 50g
  5. Tomato ceri, 10 ketul
  6. Sawi romaine, 6 helai

Langkah:
  1. Sediakan dua pinggan, setiap pinggan letakkan 3 helai daun sawi romaine.
  2. Potong dadu lada benggala. Taburkan atas daun sawi.
  3. Belah dua tomato ceri.
  4. Tapis keju yang diperap. Taburkan keju atas daun sawi bersama lada benggala dan hirisan buah zaitun.
  5. Hiris ketulan tonggek ayam supaya lebih kecil dan mudah dimakan.
  6. Panaskan kuali.
  7. Panaskan minyak perapan keju dalam kuali.
  8. Masukkan hirisan tonggek ayam. Gaul sehingga tonggek ayam putih sepenuhnya, yakni masak dan tidak ada bahagian mentah. Jangan risau jika ada bahaguannya sedikit perang.
  9. Masukan hirisan tomato ceri. Gaul semula sehingga sedikit lenyek.
  10. Hidangkan, boleh seperti di atas.




#Fakta menarik: Tomato adalah antara sayur-sayuran yang lebih sihat jika dimasak berbanding dimakan begitu sahaja. Terdapat satu enzim dalam buah tomato, dipanggil Lycopene, yang aktif hanya selepas dikenakan dengan haba, iaitu dimasak.



Fakta Nutrisi Setiap Hidangan:
Karbohidrat (keseluruhan): 6.8g 
Karbohidrat (bersih, iaitu tolak serat): 2.6g
Serat: 4.2g
Lemak: 26.9g
Protein: 20.9g
Kalori: 348 kcal
Indeks glisemik (yang memberi kesan terhadap kadar gula): 1.0


0 comments:

Catat Komen

Sebelum komen, fikir: Adakah ia benar, baik, dan membantu? (Is it true, kind and helpful?)