Keto Salad Tonggek Ayam




Pemakanan ketogenik adalah berasaskan karbohidrat rendah, tinggi lemak sihat. Selain karbohidrat, perlu juga dielakkan mengambil gula. Jumlah karbohidrat dihadkan kepada 20g. Ia mempunyai kesan yang baik terhadap metabolisma badan, kadar gula, dan berat badan. Ditambaha pula dengan intermittent fasting (puasa berkala), iaitu puasa tanpa makan tetapi meminum air tidak berkalori, seperti kopi kosong, teh kosong, atau air mineral dan air kosong.

30 Kesan Maksiat





Apabila kita berdosa, kita sering lupa. Saya juga antara yang sering lupa. Terlintas pula untuk membaca rangkaian dari twitter En. Shukery Azizan di sini. (boleh membaca secara terperinci di sini pula). Beliau menjelaskan dengan lebih terperinci setiap satu kesan, hujah dari segi hadis dan penerangan lanjut. Di sini saya senaraikan secara pendek:

30 Kesan Maksiat

  1. Nafsu tidur bertambah.
  2. Potensi diri 'terbantut'.
  3. Nafsu makan semakin liar.
  4. Banyak kerja tidak menjadi.
  5. Allah tarik keberkatan rezeki.
  6. Hubungan dengan manusia rosak.
  7. Allah tarik nikmat kesihatan.
  8. Ilmu susah masuk ke dalam hati.
  9. Otak malas berfikir.
  10. Allah menarik keberkatan masa.
  11. Allah menarik nikmat beribadah.
  12. Seronok dan ketagih buat maksiat.
  13. Susah menerima teguran dan nasihat.
  14. Merasakan diri paling hebat dan betul.
  15. Selalu merungut dalam banyak keadaan,
  16. Tak suka muhasabah kelemahan diri.
  17. Sering mencari kesalahan orang lain.
  18. Turunnya bala bencana.
  19. Hati tidak rasa apa-apa dengan kematian dan al-Quran.
  20. Sukar bergaul dengan masyarakat.
  21. Jiwa cepat merasa resah
  22. Cepat putus asa.
  23. Semakin susah untuk berzikir kepada Allah.
  24. Suka mencarut.
  25. Cepat marah.
  26. Terasa berat untuk solat Subuh dan Isyak.
  27. Mengelak daripada majlis ilmu.
  28. Mengelak daripada bersama orang yang soleh.
  29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup
  30. Maksiat yang menumbuhkan maksiat lain.
 Rasanya banyak yang kena...

Photo by Taylor Young on Unsplash

[Tempat] 3 Hari 2 Malam di Bali


Pada bulan October, saya berpeluang pergi bercuti dengan kakak saya ke Bali. Ini merupakan pertama kali kami berdua bercuti bersama. Kami mengambil peluang ini kerana tempat penginapan ditaja oleh Tripfez, maka kami hanya membayar kos penerbangan dan perbelanjaan tambahan di situ.

Di lapangan terbang

[Tempat] Book Barter Cafe, Tamarind Square, Cyberjaya




Book Barter Cafe mempunyai konsep yang unik. Ia masih menyediakan perkhidmatan kafe seperti menghidangkan aneka jenis kopi, kek, dan biskut premium, namun yang menjadikan ia berbeza dari kafe biasa adalah sebuah almari kaca kecil yang mengandungi pelbagai buku yang boleh dibaca disitu.

Kasut Lukisan Tangan Orang Istimewa Dijual Di Amaze


Setelah tamat melawat dalam Royal Floria Putrajaya, saya pergi bertemu Mak yang menunggu di kawasan makan luarnya. Terlintas satu booth yang menjual kasut-kasut hasil lukisan tangan. Harganya agak mahal berbanding kasut yang lazim saya beli, namun hasil karya mereka menarik perhatian saya.


[Filem] Joker (2019)


Sebelum kakak saya pulang ke Miri, dia menemani saya menonton "Joker". Sememangnya saya menantikan cerita ini, kerana ia dilakonkan oleh Joaquin Pheonix, pelakon yang dikenali sangat menjaga kualiti lakonannya. Ini bukan kisah permulaan watak komik biasa, Joaquin ada kemampuan menjadikannya sebuah hasil seni.

IMDB

Royal Floria, Putrajaya 2019


Saya berpeluang melawati acara Royal Floria di Taman Botani Putrajaya pada 5 September lalu.. Ini juga merupakan kali pertama saya melawati Taman Botani Putrajaya, biarpun  telah tinggal di kawasan 'jiran'nya, Cyberjaya, selama 2 tahun.

[Buku] Di Situ Langit Dijunjung oleh Hanna AlKaf (Terjemahan Fahmi Mustaffa)


Ini merupakan antara buku pertama yang saya beli sewaktu lawatan aktiviti "The Silent Book Club: Kuala Lumpur Chapter" di kedai buku Gerak Budaya. Ia dipromosi di kaunter bayaran.


Buku ini agak berat untuk dibaca (bukan dari segi ketebalannya) namun topik dan konsep penceritaan. Dikhususkan untuk pembaca matang, namun, walaupun saya dari segi umur dianggap pembaca matang, jujur kata ia memberi kesan pada diri sewaktu membacanya. Itu akan saya ulas lebih lanjut di bawah.

Pengalaman Pertama Kali di 4Fingers


Hari ini saya teringin mencuba 4Fingers kerana rakan serumah saya mengatakan makanan mereka lazat, malah lebih lazat daripada KFC. Cawangan yang saya pergi ini adalah yang berada di Dpulze, Cyberjaya.




[Filem] Shamitabh


kredit kepada flicks.co.nz

 Shamitabh adalah sebuah filem Hindustan yang dibawa oleh dua pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan, dan perfileman Tamil, Danush. Saya berpeluang menonton filem ini di TV2 baru-baru ini. 

[Amaran: Spoiler  dibawah]

Ia mengisahkan Daanish, seorang lelaki bisu yang bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Masalahnya satu; dia tiada suara. Muncullah Amitabh, yang memiliki nada suara memukau. Menggunakan teknologi, mereka digabungkan lalu terhasillah seorang pelakon terkenal, Shamitabh.

Rasanya tidak perlu beritahu bahawa Danush membawa watak Daanish dan Amitabh Bachchan membawa watak Amitabh. Haha. Konflik bermula apabila Amitabh mula rasa disisihkan dan diperbodohkan. Hal ini menjadi lebih kelihatan apabila mereka tidak sekepala mengenai satu filem yang harus dilakonkan oleh Daanish, di mana Amitabh menunjukkan protes dengan tidak membaca dialog serta mengatakan perkara yang tidak betul. 

Ia mencapai kemuncak apabila mereka berlaga dalam perindustrian filem, di mana Daanish melakonkan watak bisu dalam filemnya, manakala Amitabh menyumbangkan suara untuk seorang pelakon lain dalam filem yang lain, ditayangkan pada hari yang sama. Apabila kedua-dua filem gagal, Akshara menyedarkan mereka bahawa mereka hanya berjaya apabila bergabung. 

Cerita ini berakhir dengan kemalangan sewaktu mereka ingin menghadiri tayangan perdana filem yang dihasilkan Akshara, di mana mereka juga bertujuan untuk membuka rahsia bahawa Amitabh adalah suara sebenar Daanish. Adegan Amitabh menyedari Daanish telah meninggal akibat kemalangan tersebut, tambahan lagi telah dikuburkan dalam tanah kubur yang pada asalnya disediakan untuk Amitabh, amat menyayat hati.

Saya sangat suka lakonan Akshara dalam ini yang agak bersahaja. Amitabh Bachchan dan Danush tidak perlu dipersoalkan lagi. Cerita yang menarik, juga bersifat sinis terhadap perindustrian perfileman mereka, dan mungkin serata dunia.

kredit kepada Amy Wong

[Manga] Beastar: Sifat Manusia, Ciri Haiwan




Sebenarnya, sebelum kemunculan filem "Zootopia", terdapat satu komik Jepun bertajuk Beastar, yang juga mengetengahkan kehidupan manusia yang digambarkan dengan wajah haiwan. Cerita-cerita ini adalah cara halus untuk menampilkan isu rasisme, prejudis dan konflik dalam mencari keharmonian dalam perbezaan baka dan naluri.

[FIlem] Sangkar


kredit kepada koolfm
Baru-baru ini dompet digital Touch n Go ( TnG e-Wallet) mengadakan promosi sepanjang September 2019 hingga September 2020 , iaitu tiket RM10 untuk wayang. Kebetulan pula TGV D'Pulze antara yang terlibat.



Saya menggunakan peluang ini untuk menonton filem Sangkar arahan Kabir Bhatia, pengarah yang juga bertanggungjawab mengarah cerita seram bersiri yang saya gemari Kekasihku Seru.

[Amaran, spoiler dibawah]

Jujur kata, ia antara filem tempatan yang berbaloi untuk ke wayang untuk ditonton. Sangkar merupakan cerita berlatarbelakangkan pertandingan MMA (simboliknya "sangkar" sebagai gelanggang MMA). Kisah ini tertumpu kepada dua watak, Adam dan Johan, dua peserta dengan gaya hidup dan prinsip berbeza, namun ditemukan di gelanggang. 

Adam yang mengamalkan hidup bebas akibat trauma kehidupan masa kecilnya yang sering diperlekehkan dan diejek sebagai anak haram, juga ibu tersayang yang pergi akibat sakit yang melarat. Johan yang menjadi abang sulung dan tonggak kepada dua adiknya, Lea, seorang jururawat, dan Reza, seorang budak lelaki kecil yang terbuka mindanya serta kuat semangat walaupun menghidap  jantung berlubang.
Satu pergaduhan berlaku di kawasan tempat tingggal Johan, di mana kedua-dua Adam dan Johan terlibat secara tidak langsung, dan Adam mengakibatkan kelumpuhan Johan. Dalam menebus kesilapannya, hati Adam mula berlembut dan mula menghadapi konflik emosi yang cuba dilarikan dirinya sebelum ini.

Selain daripada dua watak utama itu, watak-watak sampingan juga memberi kesan yang mendalam. Hal ini adalah kerana garapan cinematography yang hebat. Fokus diutamakan kepada ekspresi muka, babak-babak halus namun realistik seperti Johan 'melepas' di dalam keretapi lalu berasa malu dan kecewa pada diri, serta Adam yang mencuci kekotorannya dan memberi semangat. Perhubungan persahabatan yang kukuh antara Bob dan Johan kelihatan di sini, serta Hafiz dan Lee yang membantu Adam mencuri (tetapi mereka pulangkan semula ya!) katil hospital dan kerusi roda di hospital warga tua.

Tambahan itu, filem ini agak menarik di mana setiap watak yang terlibat dalam MMA yang ditonton awal waktu, mempunyai kehidupan dan kerjaya yang berbeza di luar gelanggang. Sebagai contoh, bookie yang bernama Adi juga bertugas di sebuah restoran. Tidak dikenalpasti sama ada dia pemilik atau sekadar tukang masak (namun dengan gaya dia boleh menyuruh orang menukar pembekal, rasanya dia pemilik juga), mengugut dan menyoal Adam di dapurnya.

Dialog-dialog yang dilontarkan juga adalah secara santai dan bersesuaian dengan watak-watak mereka. Sarkastiknya Adam, tegasnya Johan, ugutnya Adi, jarang kedengaran nada yang melampau-lampau atau terjerit-jerit, mahupun suara mendatar. Mempunyai teladan, namun tidak bersifat mensyarah.

Penceritaannya juga cukup rapat dengan kehidupan seharian, dan tidak terlalu "mendalam" hinggakan penonton marhaen seperti saya keliru (seperti yang sering dilakukan oleh filem-filem "seni").

Pendek kata, filem "Sangkar" ini boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan karya-karya antarabangsa. Hanya tinggal masyarakat kita meninggalkan stigma filem tempatan teruk.

Percubaan Teknik Pomodoro


Menyedari terdapat kesukaran untuk saya menumpukan perhatian dalam mepelajari sesuatu topik, saya kembali merujuk beberapa teknik, antaranya adalah Pomodoro.

Analisa kasar

Teknik Pomodoro yang diperincikan dalam artikel LifeHacker: Productivity 101: An Introduction to The Pomodoro Technique , mempunyai beberapa ciri:

25 minit waktu bekerja x 4 kali = 100 minit
 5 minit waktu berehat kecil x 3 kali = 15 minit
15 - 20 minit berehat panjang x 1 kali = 15-20 minit

Selain itu, teknik ini memerlukan kita untuk mencatit berapa kali keinginan untuk menangguh kerja atau mengubah arah kepada kerja lain (seperti satu gangguan secara sengaja) pada setiap sesi bekerja. Untuk ia benar-benar melekat, ia harus diamalkan dalam 7 ke 20 hari.

Dalam pengiraan, teknik ini mengambil masa 2 jam 10 minit atau 2 jam 15 min.

Saya berfikir, apa yang perlu diubah seandainya kita ingin memastikan masanya dalam lingkungan

2 jam (120 minit)?


20 minit waktu bekerja x 4 kali = 80 minit
 5 minit waktu berehat kecil x 3 kali = 15 minit
15 minit berehat panjang x 1 kali = 15 minit

Jumlah masa  = 110 minit = < 120 minit

Kalau 1 jam pula?


11 minit waktu bekerja x 4 kali = 44 minit
 2 minit waktu berehat kecil x 3 kali = 6 minit
10 minit berehat panjang x 1 kali = 10 minit

Jumlah masa  = 60 minit = 1 jam.


Saya ingin mencuba untuk 1 jam, dan menggunakan Timer sedia ada dengan dalam Clock saya.


Nota Kaki:
Sentiasa memilih untuk memuat-turun aplikasi dari sumber-sumber yang disahkan untuk lebih selamat. Selain itu, jika boleh, pilih aplikasi yang tidak memiliki iklan (atau bayar untuk tidak mempunyai iklan sekiranya aplikasi itu berbaloi), kerana ia mengurangkan risiko tertekan 'link' berbahaya.

[Buku] Otherworld : Pro dan Kontra Dunia Reality Maya




Otherworld merupakan karya bersama oleh Jason Segel (yang terkenal sebagai salah satu pelakon sitcom  bersiri "How I Met Your Mother") dan Christine Miller. Ia mengisahkand unia realiti maya "Otherworld" dan perjalanan seorang remaja, Simon,mencari rakan baiknya dalam dunia tersebut.

Antara isi yang menarik dalam buku ini adalah perbincangan antara kebaikan realiti maya dari segi perubatan, di amna seseornag yang lumpuh boleh menjadi luar biasa, serta keuburukannya dari segi moral dan etika.

Adakah memalsukan "locked-in syndrome" demi mendapatkan manusia sebagai bahan ujikai sesuatu yang beretika? Bagaimana pula nyawa makhluk-makhluk hasil kepintaran palsu ini bernilai, untuk dibunuh atau dikasihani?

Dianggap sebagai sekumpulan kod berbeza atau makhluk berjiwa?

Buku ini tidak berakhir dengan penghujung yang menyimpulkan segala permasalahan. Kalau berminat, maka harus diteruskan dengan Other Earth dan Other Life.

 Buku ini boleh didapati di Amazon:

Otherworld (Last Reality Book 1)

*Harus dimaklumkan bahawa pautan akan membawa anda kepada laman Amazon yang menjual produk tersebut, sebagai sebahagian dari Amazon Affiliate.

[Buku] Un Lun Dun : Apabila Watak Pembantu Menjadi Hero




Sejujurnya, buku ini lain daripada yang lain. Ia mengisahkan rakan baik kepada heroin yang menggalas tanggungjawab untuk menyelamatkan dunia Unlondon.

Tarikan buku ini selain daripada perkara di atas, adalah bagaimana sampah mempunyai nyawa di dunia Unlondon, watak-sampingan-bertukar-penyelamat menentang penaakulan dan ramalan. Pengakhiran cerita ini juga agak memuaskan.

Pendek cerita, kisah buku ini mengajar bahawa usaha boleh mengubah takdir. Kita boleh menjadi watak utama dalam hidup sekirnaya mengambil inisiatif berbanding menunggu atau mengikut arahan orang lain, justeru mengambil balik kuasa ke atas kehidupan kita.

Buku ini boleh didapati di Amazon di:
Un Lun Dun

*Harus dimaklumkan bahawa pautan akan membawa anda kepada laman Amazon yang menjual produk tersebut, sebagai sebahagian dari Amazon Affiliate.

Feminism, Islam, Pendirian, Pengasingan


Right is right, even if everyone is against it, and wrong is wrong, even if everyone is for it.

— William Penn

 

 

Hendak kata saya berada dalam kategori tertentu, tidak juga. Sepanjang kita hidup, pasti banyak perkara yang kita pelajari dan alami. Dengan itu, ada pendapat yang dipersetujui dan tidak dipersetujui.

Antara yang menjadi persoalan mereka yang hilang hormat dengan saya:

Amalkan Penggunaan Kad Debit 'Isian Semula' Untuk Mengelakkan Transaksi Bahaya


Pernahkah ada pembayaran yang tidak dikenalpasti dikenakan pada kad debit anda?

Baru-baru ini, saya mengesan satu transaksi yang ditolak dari kad debit BigPay saya. Ia untuk 'Www.eurosurgical.co.uk' sebanyak GBP150 (RM805), dan ditolak kerana baki yang tidak mencukupi (insufficient fund). Syukur!